Tuesday 16 November 2010

DVD Kursus Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum

Saya sebagai wakil dari Surau An-Nur Taman Sri Mawar ingin menyebarkan sedikit Ilmu Fardhu Kifayah kepada rakan-rakan sekalian.

Di sini kami menjual DVD Kursus Pengurusan Jenazah yang telah dianjurkan oleh pihak Surau Taman Sri Mawar di bawah bimbingan Masjid Ar-Raudhah Taman Rasa Sayang.

DVD ini mengandungi cara menguruskan jenazah dari peringkat jenzah sebelum meninggal dunia sehingga saat pengebumiannya.

Di harap dengan adanya DVD ini kita dapat menambah ilmu fardhu kifayah. InshaALLAH.

DVD ini boleh didapati dengan menghubungi :-

Pengerusi Surau : Ustaz Mohd Nor 019-2490224


Setiausaha surau : En Abdullah 013-6897030


Bendahahri Surau : En Hamzah 013-3678101

Hanya RM 10.00
















Monday 6 September 2010

Akhirnya Ramadhan pergi jua..

Ramadhan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semoga semuanya masih dijiwa yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih,tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan di dalam diri

Ramadhan dan Syawal akan pergi silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan dihempas ombak keresahan.

Akan tiba saatnya
Ketika Ramadhan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada... Untuk menyambutnya!

(Abu Irdak - Solusi isu 23)

Thursday 26 August 2010

17 RAMADHAN 1431

Assalamualaikum.
Hari ini masuklah hari yang ke 17 umat islam berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Semoga kita mendapat keberkatan di dalam bulan yang mulia ini.
Hari ini juga adalah hari lahirku yang ke 27 mengikut kalendar hijriah. Mudah-mudahan Allah memberkati perjalanan hidup aku ini dan memberi petunjuk dalam menjalani kehidupan seharian.

Tuesday 10 August 2010

1 Ramadhan 1431

Assalamualaikum semua umat islam, bulan Ramadhan tiba lagi tahun ini. Alhamdulillah kerana kita dipertemukan dengan bulan yang mulia kali ini. Di harap pada Ramadhan ini kita dapat menambahkan amalan supaya menjadi bekalan di akhirat kelak. Semoga segala amal yang kita lakukan di terima dan diberkati ALLAH S.W.T. Salam Ramadhan al-Mubarak.

Saturday 3 July 2010

long beach vacation

hari ni last day aku kt long beach..best nye xtvt kt sini. 1st day smpi da wat snorkeling. Indah sungguh ciptaan Allah dalam dasar laut. Tp banyak jgk terumbu karang yg da mati. Agaknye rmi sgt pelancong da dtg..org tempatan pun x jage kot laut ni.
2nd day pg dah mandi laut lpas 2 ptg p berkayak. Penat tol bekayak. Ingt nk round 1 pulau tp xsmpi suku pulau pn da penat. Sempat jg la snorkeling..skang nk siap2 blik seremban. Nk p jalan2 k.terengganu dlu..

Wednesday 30 June 2010

@ cherating

3 hari kerja kt kuantan kene pergi Kemaman hari2. Asyik tengok laut je tapi last day baru dapat singgah.




































hargailah alam semulajadi yg telah dianugerahkan kepada kite...

Wednesday 16 June 2010

Selamat Hari Ulangtahun ke 26

Asssalamualaikum.


Hari ini genap la umur ku 26 tahun kalau ikut kalendar masehi. Kalau kalendar hijrah 17 Ramadhan. apakah pencapaian dalam hdp ni yg aku dpt selama 26? Belajar dah sudah(kalo ade rezki smbg lg). Kerja pon dah ade... so time untuk menyempurnakan hdp pulak.. kene la simpan duit dari sekarang..

Hidup ini penuh dugaan dan cabaran, banyak yg aku tempuh dlm mase 26 tahun ni. Hanya ALLAH yg Maha mengetahui..Harap aku dpt meneruskan sisa2 kehidupan ini dgn cemerlang.

Sunday 16 May 2010

putrajaya...



















Semalam best betul jalan kt Putrajaya... memang menarik permandangan kt sane... :-)

Friday 14 May 2010

Warna-warni kehidupan

kehidupan ni ibarat warna yg ada kt dunia ni. Ade hitam,putih,kuning, hijau dan byk lagi. walaupun warna tu cantik tapi masih ada yg mengotorkan nya.. kenapa sikap manusia macam tu? dunia2...

Thursday 4 February 2010

COMPANY PROFILE

PROFAIL SYARIKAT

JAZMEN RIZ ENTERPRISE

NAMA SYARIKAT : JAZMEN RIZ ENTERPRISE

PEMILIK SYARIKAT : MOHD AZMAN B MOHD IDRIS

PEMILIK SYARIKAT : MOHD NORHAFIZZUDIN B JAILANI

NO PENDAFTARAN : CA0136103-K

ALAMAT PERNIAGAAN : NO 125, LRG IS 18,
TMN INDERASEMPURNA,
KM 14 JLN KUANTAN-PEKAN
25350 KUANTAN, PAHANG.

ALAMAT CAWANGAN : NO 24, LRG BUNGA RAYA 26/4,
TAMAN TASIK JAYA, 70400,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

NO TELEFON : 012-3456304 / 019-3603317

TARIKH DI TUBUH : 11-07-2008

STATUS SYARIKAT : BUMIPUTERA

BENTUK PERNIAGAAN : PERKONGSIAN

BANK : AFFIN BANK

NO AKAUN : 100120148823


PENGENALAN



Jazmen Riz Enterprise merupakan sebuah syarikat perniagaan milik penuh bumiputera.Penubuhan syarikat ini selaras dengan permintaan yang tinggi dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan yang mana melibatkan bumiputera secara professional.

Sebagai sebuah syarikat yang sedang berkembang ke arah kejayaan Jazmen Riz Enterprise menjalankan kerja pembekalan dan perkhidmatan. Adalah di jangka syarikat kami akan dapat meningkatkan produktiviti syarikat berdasarkan permintaan yang diterima dari pihak kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta. Ini berikutan saranan kerajaan menggalakkan kaum bumiputera melibatkan diri dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan ekonomi kaum bumiputera.

Di harap dengan ini Jazmen Riz Enterprise akan dapat menyumbangkan secara aktif dalam bidang perniagaan bagi mencapai matlamat kerajaan menjadi Negara maju pada tahun 2020.


FALSAFAH PERNIAGAAN


MATLAMAT PERNIAGAAN


Syarikat ini bermatlamat untuk menjalinkan hubungan perniagaan

terhadap semua jenis barangan dan mempunyai rangkaian perniagaan yang

luas kepada semua pelanggan. Syarikat ini juga ingin dikenali di seluruh

Malaysia sebagai sebuah syarikat bumiputera yang maju dan berdaya saing

dan mempunyai polisi kerja yang terperinci. Tujuan utama syarikat ini

ditubuhkan adalah untuk menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat

dalam bidang-bidang yang tertentu. Ini bagi meyambut seruan kerajaan bagi

meningkatkan ekonomi kaum bumiputera.


POLISI SYARIKAT


Polisi syarikat adalah untuk menyediakan perkkhidmatan dan membekalkan barangan : -


i. Berkualiti dan mengikut spesifikasi pelanggan.

ii. Menepati masa dan cekap.

iii. Khidmat pelanggan yang terbaik.

iv. Kesalahan dan kesilapan yang minima.

v. Mengeratkan silaturrahim dengan pelanggan.


PRINSIP SYARIKAT


Perniagaan syarikat ini berasaskan perkhidmatan dan pembekalan kepada pengguna berkonsepkan “Keutamaan Pelanggan” atau kepentingan pelanggan didahulukan. Justeru itu komitmen yang tinggi akan diberi bagi memenuhi permintaan pelanggan. Prinsip bagi mencapai tujuan tersebut adalah : -

i. Menghargai pelanggan

ii. Jujur, amanah dan dedikasi

iii. Kerjasama dan semangat setiakawan

iv. Pesaing adalah rakan penggalak

v. Keadilan dan faedah bersama


BIODATA PEMILIK


NAMA : MOHD AZMAN B MOHD IDRIS

KELULUSAN : DIPLOMA AUTOMATED SYSTEM AND
MAINTENACE TECHNOLGY
UNIVERSTI KUALA LUMPUR -
MALAYSIA FRANCE INSTITUTE

TARIKH LAHIR : 17 JUN 1984

NO I.C : 840617-05-5047

NO TEL : 012-3456304


NAMA : MOHD NORHAFIZZUDIN B JAILANI

KELULUSAN : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

TARIKH LAHIR : 8 DISEMBER 1987

NO TEL : 017-9663534

JENIS-JENIS PERNIAGAAN

i)MEMBEKAL ALAT TULIS

ii) PERABOT

iii) MAKANAN MENTAH DAN KERING

iv) PERKAKAS ELEKTRIK

v) KELENGKAPAN SUKAN

vi) CENDERAMATA

vii) BAHAN BACAAN

viii) KELENGKAPAN DAPUR

ix) PERALATAN PENCUCI DAN PEMBERSIH