Thursday 26 August 2010

17 RAMADHAN 1431

Assalamualaikum.
Hari ini masuklah hari yang ke 17 umat islam berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Semoga kita mendapat keberkatan di dalam bulan yang mulia ini.
Hari ini juga adalah hari lahirku yang ke 27 mengikut kalendar hijriah. Mudah-mudahan Allah memberkati perjalanan hidup aku ini dan memberi petunjuk dalam menjalani kehidupan seharian.

Tuesday 10 August 2010

1 Ramadhan 1431

Assalamualaikum semua umat islam, bulan Ramadhan tiba lagi tahun ini. Alhamdulillah kerana kita dipertemukan dengan bulan yang mulia kali ini. Di harap pada Ramadhan ini kita dapat menambahkan amalan supaya menjadi bekalan di akhirat kelak. Semoga segala amal yang kita lakukan di terima dan diberkati ALLAH S.W.T. Salam Ramadhan al-Mubarak.